Telur Bungkus Yang Mudah Tetapi Enak

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Telur Bungkus Yang Mudah Tetapi Enak

Entri kali ini Efa nak kongsikan dengan reader semua Resepi Telur Bungkus yang sangat mudah tetapi enak. Kalau siapa yang sedang berdiet atkins pun boleh cuba resepi ini.


Hasil carian imej untuk telur bungkus
Credit : dapurmalaysia.com

Bahan-bahan Resepi Telur Bungkus

1 mangkuk kecil ayam- dicincang (nak letak daging pun boleh)
2 urat kacang panjang - hiris halus (boleh juga letak sayur campur)
1 biji bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
sedikit serbuk cili / serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara Penyediaan Telur Bungkus

Tumis bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan ayam, goreng hingga masak. Kemudian masukkan kacang dan air sedikit serta biarkan hingga air kering. Tambah serbuk cili tadi serta garam dan ketepikan.
Pecahkan telur dan dadarkan agak lebar tapi jangan terlalu nipis. Bila telur agak masak, letakkan bahan yang dimasak tadi ditengah-tengah telur. Lipat kiri kanan atas bawah (bungkus) dan balikkan dengan berhati-hati....

Tadaaaaa.....dah masak. Mudahkan...Jom cuba resepi ini

Previous
Next Post »

5 Coretan

Click here for Coretan
08 September, 2015 ×

sedapnyaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
Hajar Shikin
admin
08 September, 2015 ×

Memang senang. Saya kalau malas nak masak buat telur bungkus je, hehe

Reply
avatar
elly khalid
admin
08 September, 2015 ×

eerrrmmm...sonang yooo kannn... nnt boleh try laa... tqtq efa.. ;)

ceria2 ke blog elly...
KEPERLUAN PROTEIN DALAM TUBUH

Reply
avatar
09 September, 2015 ×

cik en akan guna daging.. sbb alah ngn ayam..

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment