Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang
Waktu Terbaik Untuk Pam Susu

Efa nak kongsikan di sini mengenai waktu terbaik untuk ibu-ibu pam susu. Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Sebab masa tu kita pun dalam keadaan tenang, relax, tak rushing untuk apa-apa. Bila tenang je, susu pun mudah nak flow :-)
Selain itu, waktu yang elok kita pam susu ialah:
Selain itu, waktu yang elok kita pam susu ialah:
Pam susu sewaktu anak sedang menyusu
Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja)
Pam susu selepas anak selesai menyusu
Bayi ni kadang menyusu asal takat kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun takkan berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit.
Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill (isi semula) payudara.
Pam diwaktu tengah malam ataupun subuh
Waktu-waktu ni merupakan waktu kita rehat, tenang, takda kekecohan nak buat itu ini. Sambil baca buku, lunjurkan kaki, nikmati ‘me time’ sambil pam susu :)
Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali. Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan :)
Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali. Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan :)
4 Coretan
Click here for Coretanjom join GA ni...rm200 menanti anda!!!
Replyhttp://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html
http://madey09.blogspot.my/
Replypanduan para wanita yang menyusukan baby...
Yang penting sentiasa kosongkan payudara agar susu mencukupi untuk anak sehingga umur 2 tahun
ReplyRajin pam Allah tahu bersungguhnya ibu itu untuk beri anaknya susu..
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon