Daging Masak Hitam Pengikat Chenta Hati Saya

Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Resepi Daging Masak Hitam Pengikat Chenta Hati Saya

Aidil Adha baru je lepas. Efa rasa mesti stok daging kat rumah ada lagi kan. Apa kata daging yang ada lgi tu kita cuba pula menu daging masak hitam. mesti sedap sehingga menjilat jari kan...

Resepi Daging Masak Hitam
Credit : anissdairy.blogspot.com

Bahan-bahan Daging Masak Hitam Pengikat Chenta Hati Saya

1 kg daging
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
2 peket kerisik (Efa beli je kerisik tu, tak sempat nak buat sendiri..hehe)
Kicap pekat
Sedikit kicap manis

Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Pengikat Chenta Hati Saya

Potong daging, bersih, toskan kemudian perap dengan kicap selama 2,3 jam.
Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris kemudian di goreng dan dikisar.
Kalau yang suka lengkuas boleh masukkan sekali.
Ketumbar, jintan manis dan jintan putih disangai dan dikisar.
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan yang digoreng dan dikisar tadi, kacau sehingga naik bau.
Masukkan daging, kacau rata dan biar sehingga ia mendidih.
Kemudian masukkan bahan yang disangai dan dikisar tadi, gaul hingga rata.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing...

Previous
Next Post »

1 Coretan:

Click here for Coretan
Akif Imtiyaz
admin
04 October, 2015 ×

Wow sedapnyerr...

Congrats bro Akif Imtiyaz you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment