Assalamualaikum Dan Salam Kasih Sayang

Sup gearbox ni Efa buat minggu lepas. Sup gearbox ni memang favourite Efa. Sebenarnya , sebelum ni Efa memang tak suka makan sup gearbox ni. Bila tengok orang makan, siap sedut pakai straw lagi memang tak menarik perhatian Efa langsung. Sehingga lah satu hari kakak Efa makan, kemudian dia suruh Efa cuba. Kakak kata sedap. Untuk tidak menghampakan perasaan dia, Efa cuba. Ya Allah.....sedap rupanya. selama ni sangkaan Efa meleset. Ingatkan tak sedap. Sejak dari itu, sup gearbox ni jadi kesukaan Efa. Setiap kali raya, memang jadi menu wajib pulak..hehehe. Yang bestnya husband siap belikan satu peket straw untuk kemudahan Efa menyedut..hahaha... Thanks husband... Tapi husband tak minat sup gearbox... So, Efa sorang-sorang je lah yang pekena. Tak toleh kiri kanan dah...
Okey lah, jom Efa kongsikan resepinya di sini.....
Resepi Sup Gearbox Meletop

Bahan-bahan Resepi Sup Gearbox Meletop
1 kilo tulang gearbox
2 ulas bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 1/2 inci halia - dihiris
2 bungkus sup bunjut Adabi (sup tulang)
1 kiub ayam ( Efa guna Knor)
Garam secukup rasa
Daun sup
Cara Penyediaan Sup Gearbox Meletop
Basuh tulang gearbox dengan tepung terlebih dahulu-untuk menghilangkan bau daging.
Kemudian masukkan ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masukkan juga bawang besar, bawang putih, halia, sup bunjut serta kiub ayam dan rebus sehingga empuk dengan api yang perlahan. Bila tulang dah masak, masukkan garam. Biarkan seketika, kemudian barulah tutup api. sedia untuk dihidangkan dan jangan lupa tabur daun sup. Dan jangan lupa jugak sediakan straw untuk menyedut ..hehehe
Nota : Sesetengah orang suka tumis dahulu bahan-bahan tumis. Bagi Efa, Efa tak suka tumis. Sebabnya nanti akan terhasil minyak yang berlebihan dalam sup. Kalau rebus pun minyak dah banyakkan... Tapi terpulang pada pilihan masing-masing kan...
4 Coretan
Click here for Coretansedapnya:)
ReplyFav SA dan family ni....alahai terliur plak...
Replywaa..makan sedap..;)
ReplyFav saya jugak. slurppp sedapnya.
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon