Majlis Graduasi PRASEKOLAH SK Seberang Perak 2015

Sebenarnya majlis graduasi ni  telah berlangsung pada Isnin (16 Nov 2015) minggu lepas. Tapi hari ni baru berkesempatan untuk update. Ini adalah konvokesyen ke dua Cik LEa . Sebelum ni konvokesyen masa Cik Lea belajar di Taska Kemas. Gambar pun tak berapa nak clear.




Tahniah kakak dah grade..hihihi... Berdebar pulak rasanya sebab tahun hadapan Cik Lea dah masuk alam persekolahan yang sebenar.. Efa pulak yang berdebar-debar..






Cawan yang Cik Lea terima daripada Cikgu PRA sebagai kenangan. Siap ada gambar lagi. Gambar Cik Lea yang paling terserlah mukanya tu (no. 2 dari kanan, barisan 2 dari depan)



Gambar kat atas ni pulak , anak buah Efa , darjah 3. dapat hadiah mata pelajaran terbaik dan top 10 (5A). Tahniah Kak Cik!!!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru PRASEKOLAH kelas Bestari, Cikgu Zarina dan pembantu Kak Nomie kerana didikan cikgu banyak membantu Cik Lea dalam pelajarannya. Terima kasih jugak kerana sabar dalam melayani kerenah Cik Lea...

Ibu doakan semoga Cik Lea akan menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya, cemerlang dalam akhlaknya...berjaya dunia dan akhirat....

Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment