Tuan Anas Mikael - Episod Akhir

Tuan Anas Mikael


Sebelum ni Efa tak layan pun drama ni. Tapi disebabkan opismate dok cakap tentang drama ni. Diorang dok gosip macam best jer. Lama-lama macam teringin pulak nak tengok.  Sebenarnya kat rumah Efa langgan Astro Njoi. Jadi, tak dapat lah nak tengok drama ni. So, Efa cubalah google untuk tonton online. Bila dah google, rupa-rupanya dah episod  12. Apalagi 2 malam berturut-turut Efa habiskan tengok drama ni sampai episod 12. Nak tengok waktu siang giliran chenta hati Efa yang dua orang tu tengok cerita diorang. Best jugak la drama ni. Tapi banyak persoalan yang timbul dalam drama ni...

Hasil carian imej untuk tuan anas mikael astro

Drama Tuan Anas Mikael ni ada 15 episod semuanya. Malam ni Episod terakhir. Tapi Efa biasalah. Malam ni baru dapat tengok Episod 14. Malam esok baru la terhegeh-hegeh nak tengok episod last ni. Nak buat macam mana, dah tiada astro kan... Kalau nak tahu , husband yang tak minat tengok drama pun jadi dah mula berkenan. Husband pula yang terlebih excited nak tengok.

Hasil carian imej untuk tuan anas mikael astro

Sebenarnya drama ni adaptasi dari sebuah novel. Sekarang ni kan dah banyak drama-drama yang jalan ceritanya dari novel. So banyak cintan cintun lah...hehehe

Para pelakon drama ini ialah heronya Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael), Zara Zya (Ayu Maisarah),
Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud.

So, malam ni jom ramai-ramai dok depan tv tu layan TAM ni ye. 10 malam di Astro Ria (104). Kita tengok apa pengakhiran drama ni dan semoga persoalan-persoalan yang timbul tu terjawab.....
Previous
Next Post »

1 Coretan:

Click here for Coretan
06 December, 2015 ×

Baru dapat tengok semalam. Heheh

Congrats bro Inani Hazwani you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment