Jom beramai-ramai support segmen ini.... Klik banner di atas .
Saya orang : KAMPUNG GAJAH, PERAK
Asal-usul nama Kampung Gajah
Terdapat pelbagai versi :
Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.
Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.
Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaibyang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
Asal-usul nama Kampung Gajah
Terdapat pelbagai versi :
Tempat-tempat menarik di Kampung Gajah
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Bukit Tunggal
- Pulau Indera Sakti
- Pulau Semarak
- Gelanggang Cup Prix
- Kubur JWW Birch di Bandar Baru
- Bengkel Labu Sayung di Pulau Tiga
***********************************************************************
Warna Banner : 83AB34
SEGMEN TAMAT : 22 JANUARI 2016
SELAMAT BERSEGMEN!!!!
4 Coretan
Click here for CoretanSelamat bersegmen
ReplyHai orang Perak :)
ReplySelamat bersegmen Efa. Good luck.
ReplyHi qila singgah dari segmen sama hehe.
ReplyWah pasir salak! :D Teringat novel pahlawan pasir salak hahaha.
Qila orang Gombak btw huhu.
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon