Hai semua...
sekarang ni musim cuaca panaskan. Efa harap korang semua
banyakkan minum air kosong ye untuk kesihatan. hehe.. Sebenarnya Efa nak share sikit tips2 untuk menghilangkan rasa marah. Ye lah...sekarang ni kan cuaca panas, so boleh menyebabkan hati kita pun mudah nak panaskan... Semoga tips yang efa kongsikan ini memberi manfaat kepada semua...

Tips Untuk Menghilangkan Rasa Marah
1. Berdoa

2. Ubah Posisi Duduk
Eloklah ubah posisi kedudukan kita apabila sedang marah
supaya reda sikit kemarahan tersebut
3. Ambil Wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan marah.
Ini kerana marah itu sebagai api yang membara
dan air itu sebagai penyejuknya
4. Minum Air Kosong
Minum air juga boleh menghilangkan rasa marah.
Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat
memberikan oksigen kepada badan
5. Berdiam Diri Apabila Marah
Bila diam bukan sahaja dapat mengawal marah malah
dapat mengawal diri kita dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengari
6. Sampaikan Kemarahan Yang Positif
Jika seseorang tu sedang marah boleh mendorong
mereka untuk meninggikan suara. Oleh itu, seelok-eloknya kawal
percakapan supaya bercakap yang baik-baikdan tidak memekik
7. Bawa Bertenang dan Tarik Nafas
Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
boleh mengumpulkan oksigen ke otak. Otak akan berasa segar dan d
apat mengurangkan kemarahan tersebut
8. Keluar dan Ambil Udara Segar
Apabila kemarahan sudah tidak terkawal,
eloklah keluar dari sesuatu tempat itu dan ambil udara segar.
Dengan itu , rasa marah kita akan dapat dihilangkan
Sumber : Facebook
3 Coretan
Click here for CoretansubhanAllah..terima kasih kak kongsi tips ni...
Replyorg gagah mampu kawal kemarahan
Replykalau diri, duduk.
Replykalau duduk, baring.
x reda jugak, amik wudhu'...
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon