Sekarang ni tengah viral lagi ke aiskrim sumi ni ye. Atau pun Efa dah ketinggalan flight...tak pelah..nak juga share kat sini bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim sumi jelly ni dan cara membuatnya. Sebenarnya efa dh buat aiskrim ni minggu lepas, tapi tak berkesempatan untuk berkongsi di blog. Baru hari ni sempat buat entri ni...hihihi..
Resepi Aiskrim Sumi Jelly Yang Sangat Ummpphhh

Bahan- bahan Aiskrim Sumi Jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
Sedikit garam (secukup rasa)
2 peket sumi jelly (kalau nak lagi ummpphhh boleh letak lebih sumimya)
Cara Membuat Aiskrim Sumi Jelly
# Masukkan susu cair, susu pekat, air dan sedikit garam ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih.
#Kemudian tutup api dan sejukkan seketika
# Potong sumi jelly kepada 4 bahagian atau lebih
# Masukkan ke dalam plastik aiskrim dengan mencampurkan warna-warna yang ada supaya kelihatan menarik
# Akhir sekali tuangkan campuran susu yang telah disejukkan tadi ke dalam plastik aiskrim dan simpulkan. Kemudian bekukan. Selamat mencuba..
***************************************************************
Kalau mengikut resepi yang efa buat ni, dapatlah lebih kurang 30 batang... ha...banyak tu kan.. tapi efa bukan buat sorang-sorang tau. husband tolong potong sumi dan masukkan ke dalam plastik. Adam pulak tolong habiskan sumi..hihih. Kalau buat sorang-sorang confirm ambik masa yang lama. Efa buat ni pun dah lewat malam, lebih kurang pukul 11pm. 12.30 am baru siap semua..
Tapi yang menyedihkan pulak, bila dah boleh di makan esoknya, azzalea dan adam tak berminat nak makan aiskrim ni...huhu. hanya efa , husband dan my mum yang makan. anak syurga efa berdua tu, kalau aiskrim milo, coklat, strawberi ..ha...serahkan pada mereka.. lepas ni kena buat perasa milo atau tambah sirap pula baru dapat menarik minat mereka berdua tu...
2 Coretan
Click here for Coretancuba try aiskrim choki2 plak..
Replymesti anak2 suka..
anak maya, mula2 buat sumi..dia suka..
bila dah buat choki2...yg sumi dilupakan..
dap nyer efa...
Replyakak ko ni tak buat eskrem ni, order kat jiran.
but bukan yg sumi la, sebab anak2 dilarang makan sumi.
eskrem perisa lain :)
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon