Ujian dan Dugaan | Tanda Allah Sayang

First time malam ni AHB 9082 tiada bersama efa & family. Aduh...sedih rasanya... malam tadi ia tidur keseorangan di workshop....


Alkisahnya... petang semalam abang sulung efa buat makan-makan sikit sempena emak, kakak, abang ipar dan anak buah menunaikan umrah. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu husband terlanggar sesuatu. bunyi nya agak kuat. Husband bagitau dia terlanggar besi dan tak sempat mengelak. Kami teruskan perjalanan sehingga ada kereta mengekori dari belakang dan bagi hi-beam banyak kali. husband pergi ke laluan sebelah kiri dan bagi laluan kepada kereta tersebut. kemudian kereta tersebut bagi signal sebelah kiri seakan menyuruh kami berhenti. efa mula berfikir ada apa-apa terjadi ke dekat kereta kami akibat dari terlanggar sesuatu tadi. rupanya husband pulak berfikir takut sesuatu yang dilanggar tadi terkena kereta tersebut.

Owner kereta tu keluar dan cakap dekat husband," tangki minyak kereta abang bocor. saya ingatkan minyak kereta saya sebab ada bau petrol." Ya Allah... terkejut kami dan terus keluar dari kereta. rupanya memang betul dan memang nampak lah minyak kat atas jalan. adik tu terus menyuruh husband terus pergi ke BHP yang berhampiran. efa tanya adik tu, tak pe ke kalau minyak bocor kita drive kereta tu, takut meletop. adik tu kata boleh jadi juga. so, efa cakap kat dia," tak pe lah saya call abang saya" sebab kami balik konvoi cuma diorang dah terlepas ke depan maybe tak perasan kereta kami berhenti. adik tu kata takpe lah kalau macam tu. efa sempat ucapkan banyak-banyak terima kasih pada adik tu kerana telah selamatkan kami. So, efa , husband dan anak syurga efa dua orang ni terus tunggu abang sampai. Si Adam menangis dalam kereta sebab takut , hari pun dah gelap lebih kurang dalam pukul 7.45 malam. nasib baiklah kakak steady je...hihihi. kebetulan pulak tu kami berhenti betul-betul berhampiran dengan kuil. lampu jalan dah lah tak de. dugaan betul...alhamdulillah...

Sementara tu husband telefon owner workshop kebiasaan kami merepair kereta. dia bagi no fon towing untuk tarik kereta ke workshop nya. Kereta kami di taik ke workshop sementara abang sulung mengekori dari belakang . efa dengan si kakak dan si adik tumpang abang bongsu dan terus balik rumah . alhamdulillah ...kami sampai umah. tak lama lepas tu husband pun sampai.

Bila Allah menguji kita, tandanya Allah menyayangi kita dan mengingati kita supaya tidak lalai dan lupa akan Nya... Kita sebagai hambanya kena redha dengan ujian tersebut dan perlu perbetulkan diri kita sekiranya ada cacat cela. manusia Allah uji dengan pelbagai macam ujian dengan cara yang berbeza.

Wjib kita bersabar dan bersyukur kerana orang yang diberi musibah dan ujian pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah.... aamin....
Previous
Next Post »

3 Coretan

Click here for Coretan
MG schmidt
admin
07 April, 2016 ×

alhamdulillah ..nasib semua selamat .



JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

Reply
avatar
azuin arifin
admin
07 April, 2016 ×

Saspennn btol cite nye kak...bru sempat bce niii.
Bersabarlah wahai kakak ku...ujian itu di beri dlm berbagai bentuk. Redha lah atas ketentuan Nya. Takpe... Duit tunggakan kan ade....

Reply
avatar
anajingga
admin
07 April, 2016 ×

alhamdulillah effa, semuanya selamat.tabahlah ujianNya semua ni.

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment