Apa Korang Rasa

Apa korang rasa ek...kalau benda ni terjadi dekat korang...



Semalam Azzalea ada appoinment dengan doktor. So, efa terpaksa lah halfday sebab nak bawa azzalea pergi jumpa doktor. efa ketepikan kerja opis yang melambak tu disebabkan anak syurga efa ni...tepat pukul 3pm kami sampai di klinik dan husband terus pergi ke kaunter pendaftaran tunjukkan kad appoinment dengan doktor. Nurse cakap doktor ada meeting. Dari pagi memang tak masuk... apa korang rasa ek bila benda ni terjadi kat korang. dah lah terpaksa halfday, dengan kesihatan yang tidak mengizinkan... pergi klinik ini jawapan yang mereka berikan.

Sebenarnya ni dah kali kedua terjadi . kira pisang berbuah dua kali la ni...jangan 5,6 kali sudah... firstly , dalam  4 tahun yang lepas efa bawa azzalea ada appoinment dengan doktor di hospital. sama juga alasannya doktor meeting. terus efa batalkan segala appoinment dengan doktor sebab geram punya pasal. dah lah efa ni kerja jauh, pastu time pergi dengan hujan lebatnya, tapi demi anak tersayang efa dan husband gagah kan juga, tp bila sampai sana, amat mendukacitakan.....

Berbalik kepada cerita semalam, nurse dekat kaunter pendaftaran bgtau suruh datang pagi Isnin, Aduhh...nampak gayanya pagi tu kena masuk lambat la ke opis.. dah lah kerja melambak-lambak kat opis tu... nak buat camnerkan, kita ni hanya orang awam, so kena ikutlah cara diorang. Memikirkan Azzalea perlu diberi rawatan....
Previous
Next Post »

1 Coretan:

Click here for Coretan
PeRdU cINta
admin
28 May, 2016 ×

Memang kecewa..cuba akak call dulu sebelum datang....kesian akak dan suami...sabar ya kak....

Congrats bro PeRdU cINta you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment