Hari ni 9 Ramadhan 1437H bermakna dah 9 hari kita berpuasa. So, apa menu korang hari ni. Bagi yang bujang tak menjadi masalah, tapi yang berkeluarga ni pening jugak nak memikirkan menunya kan.... Orait, entri kali ni efa nak share Resepi Sotong Goreng Kunyit . Reseip ni memang sesuai bagi ibu-ibu yang bekerja sebab ia simple dan ringkas.
Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas

credit : turqoise-teal.blogspot.my
Bahan-bahan Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas
3 ekor sotong bersaiz besar
3/4 camca besar serbuk kunyit
5 tangkai kacang panjang - di potong panjang lebih kurang 2 inci
Bunga kobis - ikut suka banyak mana
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang besar - di hiris bulat (kalau guna bawang holand lg ummpphh)
5 biji cili padi hijau - diketuk
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Dan Ringkas
#Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.
#Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi . kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi bersama kacang panjang, bunga kobis dan bawang besar .
#Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap kemudian angkat.
Orait, dah siap...betul tak, simple dan ringkas je kan..... Jom cuba...
Boleh juga cuba resepi ini
# Resepi Sotong Bakar Bersambal Pengikat Kasih Sayang
Boleh juga cuba resepi ini
# Resepi Sotong Bakar Bersambal Pengikat Kasih Sayang
13 Coretan
Click here for Coretanesok anum nk cuba buat
ReplyBuat time dah dekat nak berbuka tu..memang sedap. panas2 lagi kan...
ReplySimple Dan nampak senang sgt
Replywuuu my feveret sotong ni..yummy..oke save dulu nanti nak buat :)
ReplyLapar terus bila nampak gambar sotong tuuuuu
Replymemang ringkas dan yang penting sedap :)
Replysimple & sedap
ReplySenang je buatnya ya, nak try la
ReplySimple je..ok bole try ni
ReplyNyum...
ReplyPerlu rebus dlu sekejap ke sotong tu (org sini panggil mati air) atau tak payah?
ReplyPerlu rebus kejap tak sotong tu (org sini panggil mati air) atau tak payah? Tq
ReplyBest resipi ni. Simple dan sedap.
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon