Lawatan Pendidikan Ke Pulau Pinang 2016

Sabtu lepas (8/10/16) Taska AdamHaziq buat lawatan ke Pulau Pinang. Mereka pergi 3 biji bas termasuklah parents masing-masing. Lawatan tu bukan anak-anak Taska je tapi termasuk lah anak-anak Tadika. Tu yang pergi sampai 3 biji bas. AdamHaziq pergi dengan ayah sahaja sebab Efa kena jaga kakaknya. Kalau ikutkan hati memang kami 4 beranak nak pergi. Tapi memandangkan keadaan AzzaleaBatrisya, Efa dan Husband buat keputusan biarlah AdamHaziq pergi dgn ayahnya saja. Kesian juga tengok AdamHaziq, mana taknya kawan-kawannya yang lain semua pergi dengan kedua ibu bapa mereka. Tak pe lah 'AdamHaziq Sayang', kita sama-sama korban demi kakak tersayangkan.. InsyaAllah ...kita akan cuba dan berusaha supaya kakak boleh menyertai apa-apa aktiviti di masa akan datang bersama-sama.. 

So, bila AdamHaziq pergi bersama ayah, maka gambar yang diperolehi tidak lah sebanyak mana...hehe... Tapi bolehlah untuk dijadikan sebagai kenangan kan...


Lawatan Pendidikan Ke Pulau Pinang


Lawatan Pendidikan Ke Pulau Pinang


Lawatan Pendidikan Ke Pulau Pinang


Lawatan Pendidikan Ke Pulau Pinang

Diorang bertolak dari Seberang Perak jam 5 pagi. Pukul 4 pagi AdamHaziq dah bangun sebab kena berkumpul di dewan jam 4.30 pagi. Bukan main semangat lagi dia nak pergi lawatan. Sampai ke hari ni asyik nak pergi ke Pulau Pinang je. Ko ingat Pulai pinang tu 1km je ke adik oiii...hehehe..
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment