2016 Dalam Kenangan

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2016. Kejap je rasanya kan.  Banyak sangat perkara yang terjadi dalam tahun 2016 ni. Ada yang manis dan ada yang pahit. Rasanya, semua pun macam tu kan. Biasalah kehidupan kan ada pahit manisnya. 

Bagi Efa tahun 2016, banyak jugak lah perkara yang terjadi. Tahun 2016, Azzalea berada di tahun satu dan bermulalah alam persekolahannya. Begitu juga Adam mula bersekolah  di Taska Permata Kemas, 4 Tahun. Awal Jun 2016 pula, Efa mengalami miscarriage. Masa tu masu 6 minggu. Dah pulak tu, esok nya first puasa. sedih jugak sebab maybe twins. Tak pe lah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Efa redha..... Then bulan Ogos, bermula lah appoinment Azzalea di Hospital Teluk Intan. First appoinment, doktor cakap kemungkinan Azzalea Mild Autisme + hyperactive. dan bermulalah jugak appoinment setiap bulan di Occupational Therapy. November 2016 pulak efa , pertukaran tempat kerja yg lebih dekat telah diluluskan. Permohonan pertukaran efa apply pada Disember 2014. Hampir 2 years jugakla tunggu ia di luluskan. Alhamdulillah......

Dan pada Disember 2016 , appoinment dengan Doktor Pakar Kanak-kanak. Pakar pula mengatakan Azzalea ....ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder). Tp pakar belum sahkan secara bertulis. Ingatkan tahun depan Azzalea akan ke sekolah yang ada pendidikan khas. Tapi tidak, pakar suggest Azzalea di masukkan ke sekolah yang tidak mempunyai ramai murid. Alhamdulillah, urusan pertukaran tu dh selesai. Dan tahun 2017 , Azzalea akan bersekolah di sekolah baru.

Ok lah..... serba sedikit kenangan Efa dalam tahun 2016.....hehehe
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment