CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan

CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan | CARRIE JUNIOR.... Merupakan mandian yang tidak asing lagi untuk kanak-kanak terutamanya anak-anak Efa. Dari dulu lagi CARRIE JUNIOR memang peneman mereka dalam bilik air. Yang lagi kelakarnya bila si kakak minta nak mandi dengan "sabun gajah". hahaha....  Apa yang best dengan mandian ni adalah sangat wangi dengan bauan buah-buahan dan mempunyai buih yang banyak menyebabkan anak-anak Efa sangat menyukai mandian CARRIE JUNIOR ini. Anak-anak ceria, ibu ayah gembira.....

CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan


CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan
CARRIE JUNIOR Pek Isian Semula

Kalau korang nak tahu, selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti. 

Selain dari itu, kos sara hidup yang meningkat sekarang ni telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang terhad tidak bermaksud korang perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja korang. 


CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan



Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.


CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan


Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.


CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan
CARRIE JUNIOR Pek Isian Semula


CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath. 

Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak).

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

*Harga termasuk GST.

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR Kini Dalam Pek Isian Semula, Jimat Dan Mudah Digunakan
CARRIE JUNIOR Pek Isian Semula

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut :




Previous
Next Post »

3 Coretan

Click here for Coretan
04 April, 2017 ×

Sudah ada pek isian semula ni senang lah. Anak-anak memang sukakan sabun ni

Reply
avatar
05 April, 2017 ×

senangnya bila dah ada isian semula ni..jimat skit
~ Kisahsidairy~

Reply
avatar
aRzMoHa
admin
21 April, 2017 ×

wah ada wangian baru...carrie junior dah lama rakyat malaysia gunakan khas untuk si kecil

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment