Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas

Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas | Minggu lepas efa dan Family #KEHZO pergi ke Johor untuk majlis bertandang atau menyambut menantu anak kakak efa. Efa sekeluarga  pergi menaiki bas yang disewa khas. 2 minggu sebelum tu, rasa cam berdebar-debar je. Sebab travel jauh nak bawa #azzaleanurbatrisya. Macam-macam bermain dalam fikiran. Macamana kakak nanti,boleh behave ke dia, mengamuk ke dia..macam-macam lah... Ye lah nak bawa anak yang hyperactive dan tantrum ni bukan senang, travel jauh dengan menaiki bas pulak tu.

Pengalaman Travel #azzaleanurbatrisya Ke Johor Dengan Bas



#azzaleanurbatrisya dengan ibu

Alhamdulillah...memang tak disangka kakak behave sangat dari bertolak jam 8.30 pagi. Cuma dia banyak tanya la. Biasalah anak-anak hyperactive ni memang tak boleh duduk diam. Kakak stay berada di kerusinya, cuma dia akan bangun duduk,bangun duduk. Tak boleh statik je duduk. So, apa yang dia tanya efa kena jawab sebab setiap soalan wajib ada jawapan ,tak boleh tak de jawapan. kalau dibiarkan tanpa jawapan ,muncullah tantrumnya...hehehe. Cuma dalam pukul 12 tghari tu, dia mulalah tantrum maybe sebab perut dia lapar. Yelah, 12 tghari kot, kita yang dewasa ni pun lapar ,apatah lagi kanak-kanak kan.

Lepas je makan, alhamdulillah kakak stay ok lagi sehingga sampai di air hitam, johor. Kononnya ke Air Hitam untuk shopping. Sampai kat sana barang utama yang efa dengan en suami shopping nak tau apa? huhhh! Barang mainan untuk anak-anak berdua ni.. Mesti dapatkan barang mainan mereka dulu sebelum beli barang lain..hehehe...biasalah kanak-kanak kan. So efa dengan en suami kena la beli untuk memudahkan ef pulak shopping...hahaha.. Tak shopping apa pun sebab sempatlah rembat Narita.. memang berhajat nak beli Narita bila sampai kat Air Hitam. Tapi mak sedara, kakak,kakak sedara senua siap beli karpet lagi, almaklumlah lah naik bas, semua boleh bawakan.... Tu lah tujuan nya pergi naik bas. Bayangkan satu bas tu hanya family efa jer. Best tau, sebab family kita je tak der orang lain. ikut suka jer nak berhenti kat mana-mana tak terikat kan... 

Kami sampai ke  homestay pukul 7 ptg, ambik kau hampi 12 jam perjalanan tu... tapi tak pe tak penat sangat dok dalam bas sebab banyak berhenti..Yang best homestay tu ada kolam renang dan 12 bilik semuanya. so semua family berkumpul kat dalam rumah tu dengan bilik masing-masing. biliknya pulak macam hotel sebab setiap satu bilik ada LCD dan toilet. memang puas hati... Sampai je anak-anak terus mandi kolam dan lepas maghrib diorang sambung mandi lagi. Ye lah, kita dah sewakan so, gunalah servis yang ada dengan sebaik mungkin.. Tujuan kakak efa sewa homestay yang ada kolam renang sebab nak bagi #azzaleanurbatrisya behave. Sebab bila dia tengok ada kolam, dia akan rasa teruja... Sorry korang gambar tak sempat nak snap sebab bagi tumpuan penuh dekat #azzaleanurbatrisya takut dia tantrum.


#adammuhammadhaziq dengan ayah




Hujan...

Ada LCD lagi tu...

Siap ada LCD lagi... Boleh pilih nak tengok citer apa. Nak berkaraoke pun boleh. Tapi tak delah kami kat dalam tu berkaraoke. hehehe... Yang bestnya driver bas ni tak bawa laju, slow and steady je. Walaupun, driver nya agak muda. Umur 31 tahun, anak sorang baru 9 bulan umurnya.. haaa...ambik kau siap interview lagi. Tapi bukan efa yang interview tau, en suami la yang peramah bersuai kenal dengan adik driver tu... Kakak efa kata, boleh lah pasni family day keluarga #KEHZO kita travel dengan bas je..hehehe....

Kalau korang nak tahu apa yang membantu #azzaleanurbatrisya behave dalam bas, nantikan entri efa yang berikutnya....




Previous
Next Post »

4 Coretan

Click here for Coretan
PeRdU cINta
admin
22 April, 2017 ×

Alhamdulillah..memang mudah bila berjalan dengan keluarga sendiri kak...nak berhenti atau berehat pun rak rasa bersalah dengan orang lain...akak beli kerepek tak kat air hitam..

Reply
avatar
Efa Othman
admin
24 April, 2017 ×

Betul tu PC ...bebaskan apa yg kita nak buat tapi jgn sampai menyusahkan driver pulak sudahlah... Tak beli lah PC ..sebab kerepek tempat lain...sebenarnya tempat kerepek yg nak dituju..hari hujan plak tu so terus tak pergi tempat kerepek tu....huhuhu..

Reply
avatar
Kak Sue
admin
25 April, 2017 ×

Seronok kan bila berjalan dengan keluarga macam nie, meriah.. ehehe..

Reply
avatar
06 May, 2017 ×

Homestay di mana tu ada pool? Nanti boleh la share

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment