Dalam keadaan sekarang, yang mana harga rumah yang tinggi dan kekurangan rumah harga murah menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kebanyakannya sukar untuk membeli dan memiliki rumah. Bukan setakat warga kota sahaja, yang duduk di kampung pun sukar nak cari rumah dengan harga yang berpatutan. Disebabkan inilah RUMAWIP telah diwujudkan untuk mensejahterakan kehidupan warga kota di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Bertuah dan seronoknya kan menjadi warga Wilayah Persekutuan. Bermacam-macam program diadakan untuk membantu golongan yang memerlukan.
RUMAWIP Membantu Warga Wilayah Persekutuan Untuk Memiliki Rumah
RUMAWIP adalah singkatan dari Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. RUMAWIP ni merupakan salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Kalau korang nak tahu RUMAWIP menawarkan 3 kategori rumah mampu milik iaitu studio/1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik yang mana dalam bentuk rumah berstrata. Korang boleh tengok kat bawah ni jenis dan harga rumah yang ditawarkan untuk RUMAWIP ni.
JENIS
|
HARGA JUALAN
|
SAIZ MINIMA
|
Rumah Harga Rendah
|
RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
RM52,000 (Labuan)
|
700 kaki persegi (3 bilik tidur)
|
Rumah Harga Sederhana Rendah
|
RM63,001 - RM150,000
|
800 kaki persegi (3 bilik tidur)
dan
650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)
|
Rumah Harga Sederhana
|
RM150,001 - RM300,000
|
Ciri-ciri utama RUMAWIP ialah hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan keutamaan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Untuk makluman, dijangka lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP akan dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Lokasi RUMAWIP adalah di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasaraya. Selain itu, ia lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan bagi setiap unit rumah. Ha...bestkan, banyak kemudahan disediakan untuk memberi keselesaan kepada penghuni.
![]() |
sumber : google |
Syarat-syarat Kelayakan RUMAWIP
Bagi korang yang tinggal di Kuala Lumpur berminat untuk memohon RUMAWIP, Efa share kan syarat-syarat kelayakan nya.
Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
Bagi yang berjaya memiliki unit RUMAWIP, mereka tidak boleh menjual semula kediaman tersebut dalam tempoh 10 tahun dan juga tidak boleh menyewakannya kepada orang lain. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku kes tertentu seperti pemilik berpindah tempat kerja dari Kuala Lumpur ke tempat lain, mereka boleh menyewakan rumah tersebut kepada pihak ketiga untuk elakkan rumah tersebut dibiarkan kosong. Tetapi tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan Kementerian Wilayah Persekutuan. iaitu disewakan kepada warga tempatan sahaja dan bukannya warga asing. Ini adalah untuk mematuhi dasar RUMAWIP iaitu rumah mesti dihuni rakyat tempatan sahaja.
sumber : google |
Okeylah, sekiranya korang dilahirkan, bekerja dan menetap di Kuala Lumpur berkeinginan untuk memiliki RUMAWIP ni, korang boleh mendaftar melalui sistem atas talian di laman web Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bila-bila masa. Pemilihan projek perumahan boleh dibuat apabila tawaran untuk memohon beli rumah dibuka.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai RUMAWIP, korang boleh ke SINI.
16 Coretan
Click here for Coretannak kena bagitau kawan-kawan yang bekerja di wilayah untuk mohon
ReplyUntung lah kalau siapa yang peka dengan skim rumah rumah mampu milik ni
Replykita dh apply..tgh usya2 rumah kat bawah projek RUMAWIP ni...
ReplySeronoknya ada bantuan macam ni. Moga usaha ini diperluaskan ke tempat lain juga.
ReplyBagus ada program macam ne paling tidak membantu golongan muda untuk miliki rumah sendiri
Replypeluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.
Replyyang kebetulan nak beli rumah tu, boleh try mohon RUMAW1P ni ...
ReplyCantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)
ReplySesiapa yang layak tu cepat2 la apply ye
Replymampu milik sangat walaupon rumah kos rendah. nampak selesa tuuu
ReplyYang layak jangan lupa apply
Replybestnya rumawip ni..untunglah diorg hihi
ReplySyok dan untungnya warga KL
Replyuntunglah org kl...tapi berbaloi la diorang kos hidup tinggi.
ReplyBestnya jadi warga KL..
Replynice info....
ReplyTerima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon