Happy 6months My Little Sunshine

Assalamualaikum... Hai korang... Lamanya blog ni tak berupdate. Last entri bulan Mei 2018. Setahun lebih jugak la blog no tak berupdate. Sebenarnya banyak perkara yg berlaku Dalam tempoh setahun lebih ni. Perkara yg terbesar sekali adalah kehadiran orang baru dalam family efa. Kehadiran anak ketiga efa. Amanah Allah ini ,Kami trlah sepakat untuk menamakan nya Ayra Imani. Sebelum tu, Kak Long Azzalea nak nama Arissa sbb dia suka sangat tonton cerita 7 Hari mencintaimu. Arissa kan anak Mia. Tapi disebabkan sepupu dia nama Alisha, so pujuk la dia tukar nama lain. Mula nya efa suggest kat Kak Long nama Ayra Sophea to dia tak nak Sophea Tu. So tukar kepada Ayra Imani. Dia terus setuju... Alhamdulillah senang cerita...hehehe. Maksud Ayra - mulia, dihormati dan Imani - kepercayaanku.

Happy 6months My Little Sunshine
Umur Ayra Imani 1 hari

Lahirnya Ayra Imani , panggilan Adam sebagai "adik" telah bertukar kepada abg ngah. Ambil tempoh masa yg lama jugak lah, Adam nak menyesuaikan diri panggilan abg ngah. Kekadang terlepas jugak lah dia membahasakan diri sebagai adik. Efa sendiri dan ayahnya jugak pun kekadang tersasul. Almaklumlah dah lama dan terbiasa. Lagi pulak beza Adam dan Ayra 7 tahun. Alhamdulillah sekarang ni dah tak tersasul. Mana taknya dah 6 bulan kehadiran Ayra.

Ayra Imani 5 Bulan 


Sebenarnya nak bagitau, hari ni genap umur Ayra 6 bulan. 11.3.2019-11.9.2019.... Sekejap je rasanya...dah 6 bulan. Kenapa cepat nau masa berlalu. Tak sanggup rasanya dan tak puas lagi nak gomol-gomol. Jangan cepat besar ye sayang. Tapi kalau lambat besar terlewat pula perkembangan nya Kan. Oleh itu, hargailah amanah ini di waktu kecil nya....boleh ke gitu...haha

Happy 6months My Little Sunshine
Ayra Imani 6 bulan


Previous
Next Post »

4 Coretan

Click here for Coretan
Ana Jingga
admin
09 October, 2019 ×

Alhamdulillah Tahniah Effa , comei bebeno Ayra Imani. :)

Reply
avatar
19 October, 2019 ×

Cantiknya ayra Imani

Reply
avatar

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment