Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Hai guys! Siapa kat sini yang suka dengan theme park? Tak kisah la waterpark ke. Extreme the park ke. Sebab entry hari ni efa nak share dengan korang salah satu theme park yang very popular among us, Malaysian. Iaitu Escape Penang Theme Park. Actually, efa dengan en. Hubby plan nak pergi ke sana cuti sekolah bulan Disember ni. Sebelum pergi efa perlu survey dulu la kan. So, efa nak share la sikit apa yang best kat sana. Bagi yang dah pergi, okay la. Untuk yang belum dan baru nak pergi macam efa, boleh buat tambah info sikit.

ESCAPE Penang Theme Park

Ok, la sini efa share dengan korang pengalaman kawan opis efa yang dah pergi. Diorang ambik pendekatan untuk naik flight je ke Penang. Sebab nak save masa kan. Kat Escape Park tu sahaja dah makan 1 hari punya aktiviti. Kawan efa naik flight Air Asia sebab tuah dia terkena dengan harga promo flight hari tu. Dia bangga sekejap. Thank you to KLIA Transit sebab melancarkan lagi perjalanan pergi dan dalam 30 minit  dah sampai airport. Tak perlu nak tergopoh-gapah walaupun flight lagi sejam nak depart. So kalau korang nak naik train ni efa suggest korang book KLIA Transit online siap-siap. Senang. 
Kalau tak pun, malas sangat nak drive, malas nak tunggu train, book je cheap airport transfer. Semua ni dari traveloka. Untuk private transport ni satu je la masalah dia. Makan masa perjalanan. Other than that, kawan opis efa bagi 5 bintang untuk servis layanan dia. Untuk  ke Penang ni, dia pilih train je la. Nak cepat. Hoho.
Mengikut pengalaman kawan efa ni, sampai sahaja di Penang, dia  terus ke tempat penginapan and setel semua yang patut. Perut kasi kenyang, rehat sekejap. Then dia sambung perjalanan ke tempat-tempat menarik. Yang tu korang boleh google je. Sebab hari ni efa nak share apa yang best kat Ecsape Penang Theme Park ni ikut apa yang efa dah survey.
Opening hours theme park ni boleh rujuk kat bawah
Monday: Close
Tuesday – Sunday: 10am – 6pm

Haa. Ingat elok-elok, isnin tutup tau. Kang korang pergi isnin, dah terjegat pintu pagar pulak. Haha. So basically efa boleh bahagikan theme park ni kepada 2 zon (Waterpark & Adventure course). Jadi apa tunggu lagi? Jom kita mulakan.

Waterpark


Dekat waterpark ni je dah ada macam-macam aktiviti yang menarik korang boleh buat. Antaranya:

1. Speed Racer


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Korang nak kan adrenalin rush? Ini la dia. Korang jangan ingat slow eh dia turun. Laju bak ang. Korang akan dibekalkan foam mat setiap sorang. Ada 6 gelongsor berwarna warni yang boleh buatkan korang lawan siapa paling laju dan pantas sampai kat bawah. Ini korang wajib cuba! Rugi kalau korang tak main yang ni.

2. Banana Flip


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Kalau tadi dah laju, ini lagi laju! Warning pesakit jantung tak boleh naik ni. Mengikut cerita kawan efa ni, dia naik pun ketar lutut. Korang akan baring kat satu platform yang disediakan, tanpa ada apa-apa notis, korang akan di launch ke bawah dengan laju. Sampai hujung gelongsor, korang akan terbang like I believe I can fly~~ Yang ni, korang kena pandai berenang atau menyelam untuk naik sebab kolam kat bawah tu agak dalam juga.

3. Family Twister


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Antara yang korang boleh buat dengan family and kawan-kawan. Sebab pelampung yang dia bagi tu korang boleh ride sekali 2 orang. Dia ada 3 slide with 3 different heights. Pilih la nak naik mana 1 atau naik semua. SO yang ni more to enjoy ride la. Jerit-jerit dalam tunnel. Tak macam yang 2 tadi tu. Huh. 

Adventure Course

Untuk adventure course ni pulak, mostly aktiviti dia melibatkan ketinggian, tenaga dan fizikal. So mana yang nak cabar tahap gayat tu, boleh la cuba yang ni.


1. Monkey Business


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Ni antara game yang paling korang perasan bila korang masuk je dalam escape park ni. Antara yang wajib cuba bagi adventure course. Untuk monkey business ni ada 3 stage dengan tahap ketinggian yang berbeza. Bagi efa, first and second stage tu just untuk bagi korang intro je. Tapi yang third tu baru challenging. Kena ingat, sekali korang dah masuk tak da nak patah balik dah. Last sekali memang kena terjun ikut flying fox. Keselamatan tak perlu risau. Ada staf yang berkelayakan akan guide korang.

2. Kite Flyer


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Kalau tadi dah memanjat, kite flyer ni pula akan menjanji kan korang satu ride yang gliding down dengan laju. Pergh. Ni yang sakit jantung tak boleh naik tau. Bahaya. Haha. Korang akan dipakaikan harness untuk keselamatan. Nanti masa nak naik, guide tu akan cerita macam mana nak operate aktiviti ni. Yang best nya boleh naik 2 orang. So kalau nak menjerit, ada la member jerit sekali. 

3. Atan’s Leap


Bersantai Bersama Family Di ESCAPE Penang Theme Park

Agak-agak korang nak cabar tak tahap ketakutan korang yang bersarang dalam diri tu? Here they comes. Atan’s Leap. Untuk naik aktiviti ni, korang perlu panjat menara apk atan tu. Sampai atas, akan ada guide tunggu and pakaikan segala equipment keselamatan yang perlu. Dah ready, terjun. Bunyi macam senang kan? Tapi kalau korang dah samapi atas tu, satu je benda korang nak. Nak patah balik. BUT. NO TURNING BACK. Nak balik, kena terjun. So masa terjun hari tu kawan efa jerit nama Atan kuat-kuat. Kalau berani, boleh try.

So amcam? Trigger tak? Kalau nak ikutkan banyak lagi yang best. Tapi yang efa listkan ni yang paling best antara yang best Mengikut survey efa la. Haha.. Kawan efa habiskan masa kat sini almost 6 hour. Termasuk tukar baju, makan semua. Makanan luar tak boleh bawa masuk tau. Dia dah ada sediakan tempat makan dalam tu. So don’t worry. By the way kawan efa beli tiket masuk ni kat Traveloka. Dapat murah sikit. Kalau korang berhajat nak beli jugak, boleh try usha kat situ okay.

Okay guys, setakat ni je dulu entry efa. Harapnya membantu la untuk bagi bayangan Escape Penang Theme Park ni. Yang penting, jangan seronok sangat, jaga la keselamatan juga sepanjang berada kat situ okay. Semoga perjalanan  korang teratur dan lancar. Jumpa lagi nanti. Bye semua.

Sumber gambar : google

Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment