9 Bulan Sudah.....#ayraimani

Assalamualaikum.... Hai korang....kejap je rasa kan...dah penghujung 2019. Dan kejap je rasa #ayraimani dah 9 bulan hari ini. Rasa cam baru je lagi terdengar suara dia menangis kat dalam labour room..huhuhu....


#ayraimani





Untuk 9 bulan ni, progress #ayraimani :


  • Berdiri dan bergerak sambil berpaut pada sesuatu
  • makan menggunakan jari
  • minum menggunakan cawan
  • mengetuk dua objek bersama
  • dah faham bila cakap no/jangan
  • meniru apa yang ibu sebut
  • pantang nampak muka ibu....(asyik nak melekat je)

Tapi yang tak bestnya, genap 9 bulan #ayraimani jatuh katil pukul 3 pg tadi. Ibu tersedar dari tidur, teringat fon tak charge lg. So, bangun pergi charge. Dalam masa ibu  pergi charge, boleh dia bergolek-golek terus terjatuh. Menjerit Efa. Ya Allah, hanya Tuhan je yang tahu masa tu. 😭😭😭Efa terlupa letak bantal, lagipun rasa cam pergi kejap je .. adusss....apa lagi En Bos pun bising la dengan Efa. Nak buat camne dah memang kecuaian Efa. Moralnya, guna lah katil baby, bukan sebagai perhiasan... (sindir diri sendiri).


#ayraimani

Sebelum ni, ada gak la #ayraimani jatuh katil, tp ada bantal ataupun toto kat lantai. So, adalah pelindungnya. Tapi pg tadi mmg atas lantai terus....memang menggeletar la satu badan sambil berdoa tak putus-putus. Lepas menangis, alhamdulillah #ayraimani terus tidur. Tapi efa check gak kepala dia, takut ada bengkak ke. Nasib baik tak de. Tapi dah siap pesan dekat En Bos, perhatikan dia, pastu tengok kalau ada muntah ke...

Mimpi ngeri Efa hari ni... So, kesimpulannya, bila ada anak kecil ni kita kena sentiasa berwaspada...


" Semoga #ayraimani menjadi anak solehah, penyejuk hati ibu ayah, berjaya dunia akhirat..."
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen anda di sini... ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment